Tebing Putih Dover
Tebing Putih Dover

Tebing Putih Dover

Tebing Putih Dover (bahasa Inggeris: White Cliffs of Dover) membarisi pesisiran pantai England yang menghadap Selat Dover sebahagian dari selat Inggeris bertentangan dengan Côte d'Albâtre di Normandy, Perancis. Muka tebing terdiri dari kapur yang dicoreng lapisan batu api hitam yang terdeposit selama akhir Zaman Batu Kapur. Tebing ini yang mencapai ketinggian 350 kaki (110 m), terbentang selama lapan batu (13 km) di kedua sisi kota Dover di Kent. Di titik di mana United Kingdom paling dekat dengan Eropah daratan, pada hari yang cerah, tebing ini terlihat dari Perancis (sekitar 20 mil atau 32 km). Tebing ini merupakan sebahagian dari Tapak Minat Saintifik Khusus[1] dan Kawasan Konservasi Khusus Dover hingga Kingsdown Cliffs.[2]Keterdekatannya kepada Selat Inggeris menjadikannya suatu mercu tanah utama Britain semasa pengangkutan menuju benua Eropah menggunakan laluan air, lagi-lagi semasa Perang Dunia Kedua yang disanjung sebagai suatu "lambang benteng pertahanan dan tanah air".[3] Sebahagian garis pantai yang mencakup tebing ini dibeli oleh National Trust pada tahun 2016.[4] Malah, ia diabadikan dalam setem-setemperingatan siri pesisiran England tahun 2002 dan siri UK A-Z pada tahun 2012 keluaran Royal Mail.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Tebing Putih Dover https://designatedsites.naturalengland.org.uk/Site... https://designatedsites.naturalengland.org.uk/Site... https://www.nationaltrust.org.uk/white-cliffs-dove... https://www.bbc.co.uk/news/uk-england-kent-2021999... https://www.itv.com/news/2012-04-10/uks-landmarks-... https://uk.news.yahoo.com/photos/royal-mail-unveil... https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:White_... https://www.youtube.com/watch?v=n6R7uRTspgY